DASAR PRIVASI

Dasar Privasi

Muka surat ini menjelaskan dasar privasi kami termasuk penggunaan dan perlindungan maklumat yang dihantar oleh pelawat. Sekiranya anda melakukan transaksi atau menghantar emel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini boleh dikongsi dengan agensi-agensi awam yang lain tertakluk kepada peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Maklumat yang Dikumpulkan

Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa melayari laman sesawang ini kecuali maklumat yang anda berikan melalui borang dalam talian.

Pautan ke Laman Sesawang yang Lain?

Laman sesawang ini mengandungi pautan ke laman sesawang yang lain. Polisi Privasi ini hanya tertakluk kepada laman sesawang SKMM. Harap maklum bahawa laman-laman sesawang yang mempunyai pautan mungkin mempunyai polisi privasi yang berbeza, dan pelawat adalah dinasihatkan supaya membaca dan memahami kenyataan privasi laman sesawang yang dilawati.

Dasar Pemindaan

Sekiranya dasar privasi diubah, pindaan akan dikemaskinikan di laman sesawang ini. Anda akan dimaklumkan berkenaan; jenis maklumat yang dikumpul, bagaimana dan dalam keadaan apa ia akan digunakan dan bagaimana maklumat akan dikongsi dengan pihak-pihak lain.

Hakcipta Terpelihara ©2013 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia